KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
Alam sekitar sewajarnya dipelihara oleh semua pihak, hal ini demikian kerana alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Selain itu, kita perlulah mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan pembangunan yang mantap dan mekanisme ekonomi yang positif dapat dilaksanakan. Konklusinya, kita mestilah menitikberatkan pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta sumber asli agar dapat terus menikmati kehidupan yang sihat serta ekonomi yang stabil.
KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh dan sebagainya. Jadi, sistem pendidikan yang telus dan teratur sewajarnya dipraktikkan di negara kita. Selain itu, pendidikan yang disampaikan kepada semua murid akan dapat melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan setia akan negara. Akhirnya, pendidikan juga mampu membantu melahirkan para intelektual negara bagi membantu meningkatkan prestasi negara dari segi pentadbiran, perusahaan, ekonomi dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, ilmu yang luas terbentang mampu meningkatkan kestabilan negara lantas menjadi negara maju menjelang tahun 2020.