Monday 22 August 2016

JAWAPAN SOALAN PENGUKUHAN

JAWAPAN



JAWAPAN OBJEKTIF


1)   D
2)   C
3)   A
4)   D
5)   C
6)   B
7)   A
8)   D
9)   B
10) B

JAWAPAN STRUKTUR


1. (a) Penjagaan alam sekitar
(b) Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar
(c) Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan
(d) Menitikberatkan persepaduan pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar
(e) Menentukan kesesuaian dan keberkesanan menggunakan sumber-sumber asli 
(f) Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa



2. (a) Menjana pendapatan negara
    (b) Pembangunan negara pada masa akan datang
    (c) Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020
    (d) Membantu kerajaan dalam membangunkan negara



JAWAPAN ESEI



1. a) Penghutanan semula

- Kegiatan menanam semula kawasan penebangan (hutan) dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu supaya kembali seperti hutan.
- Tujuan utama penghutanan semula adalah untuk memastikan bekalan kayu yang bermutu dapat dibekalkan secara berterusan.
- Kaedah ini perlu dijalankan secara terancang dan sistematik.
- Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Paya Laut, Perak.

(b) Mewartakan hutan simpan dan taman negara

- Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlindungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus.
- Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan dilakukan di kawasan tersebut.
- Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut
(i)   Hutan Simpan Hulu Gombak, Selangor
(ii)  Hutan Simpan Sepilok, Sabah
(iii) Hutan Simpan Bukit Lama, Sarawak
(iv) Taman Negara Kinabalu, Sabah
(v)  Taman Negara, Pahang

(c) Penanaman berteres

- Kaedah penanaman berteres telah dijalana\kan di kawasan cerun bukit untuk menanam pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, dan teh
- Tujuan utama langkah ini adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman teh di Tanah Tinggi Cameron Highlands

(d) Tanaman tutup bumi

- Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kejadian hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.

(e) Penggunaan baja organik

- Petani-petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia.
- Kos bahan organik adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
- Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sabagai baja.

(f) Kaedah biologi

- Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar.
- Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

(g) Melandaikan cerun

- Pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun curam kini dilakukan dengan lebih terancang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
- Kawasan cerun bukit yang curam akan dilandaikan untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.
- Kawasan tebing curam kaki bukit pula akan ditarah untuk mengurangkan kecerunan jalan raya yang dibina melalui kawasan tanah tinggi.

(h) Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit

- Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung dan seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.


2.
 - Menjana pendapatan negara
 - Pembangunan negara pada masa akan datang
 - Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan seperti Wawasan 2020
 - Membantu kerajaan dalam membangunkan negara







Sunday 21 August 2016

SOALAN PENGUKUHAN


































1) Apakah usaha-usaha kerajaan Malaysia bagi merealisasikan matlamat di atas?

      I Multimedia Super Corridor (MSC)
     II Bandar Teknologi Hijau
    III Kempen Cintai Sungai Kita
   IV  Penanaman semula pokok di hutan paya bakau

A. I dan IV
B. II dan III
C. I dan II
D. III dan IV

2) Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada peringkat yang berikut, KECUALI

A. prasekolah
B. pendidikan rendah
C. sekolah rendah
D. menengah atas serta lepas menengah

3) Kementerian mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas menjelang tahun______________.

A. 2015
B. 2010
C. 2005
D. 1995

4) Tempoh persekolahan bagi pendidikan formal di Malaysia ialah_____________.

A. 11 hingga 14 tahun
B. 10 hingga 13 tahun
C. 11 hingga 14 tahun
D. 12 hingga 13 tahun










5) Dua program di atas berkaitan dengan_______________.

A. Pelan Transformasi Pendidikan Malaysia
B. Pelan Transfromasi Pendidikan Teknik & Vokasional
C. Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional
D. Pelan Transformasi Pendidikan Teknikal

6) Pihak yang mengawal Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) ialah________________.

A. pihak berkuasa agama negeri
B. kementerian Pendidikan dan pihak berkuasa agama negeri
C. kementerian Pendidikan Malaysia
D. kerajaan persekutuan

7) Kurikulum yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) ialah_________________.

A. Kurikulum Kebangsaan
B. Kurikulum Dini
C. Kurikulum Dini dan Kurikulum Kebangsaan
D. Kurikulum SMKA

8) Antara berikut, yang manakah perbezaan antara aliran teknikal dan vokasional?

A. Aliran teknikal yang mempersiapkan murid untuk kerjaya, manakala aliran vokasional lebih kepada pendidikan lanjutan
B. Aliran teknikal yang mempersiapkan pelajar dalam bidang perindustrian, manakala aliran vokasional dalam bidang pertanian dan pembangunan
C. Aliran teknikal yang mempersiapkan pelajar dalam bidang perindustrian
D. Aliran teknikal yang mempersiapkan murid untuk pendidikan lanjutan, manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya

9) Tujuan kerajaan menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni seperti yang berikut, KECUALI

A. Mengembangkan bakat atlet dan penggiat seni
B. Meningkatkan mutu sukan dan seni negara
C. Memupuk bakat muda negara dalam bidang sukan dan seni
D. Menjamin penjanaan atlet pelapis dan penggiat seni

10) Peperiksaan STPM dan STAM di bawah sistem__________________.

A. Pendidikan Menengah
B. Pendidikan Lepas Menengah
C. Pendidikan Pengajian Tinggi
D. Pendidikan Menengah Atas









1. Nyatakan dua prinsip pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia.

(a)_________________________________________________________________
(b)_________________________________________________________________


2. Nyatakan empat kepentingan modal insan kepada negara.

(a)_________________________________________________________________
(b)_________________________________________________________________








1. Bincangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi.

2. Jelaskan kepentingan pembangunan modal insan kepada negara.





KESIMPULAN






Saturday 20 August 2016

PENDIDIKAN SWASTA




Ibu bapa juga berpeluang untuk menghantar anak mengikuti pendidikan swasta yang terdapat di negara ini. Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa oleh institusi pendidikan swasta. Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta. Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.






PENDIDIKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS






Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas seperti PERMATA pintar.




<< KLIK DI SINI UNTUK VIDEO TAMBAHAN >>


[[ https://www.youtube.com/watch?v=9nwz0MfFjyQ ]]








PENDIDIKAN KHAS



                                   



Orang Kelainan Upaya




LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI







Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni, Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni. Pada masa ini, terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia. Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni. Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain. Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistik dan menyeluruh.



Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah Seni Johor




LALUAN PENDIDIKAN AGAMA










Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan. Kerajaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia. Pada masa ini, terdapat lebih 90,000 murid berdaftar di sekolah agama awam yang terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan di bawah kawalan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan pihak berkuasa agama negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kawal selia Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri atau lembaga pengelola sekolah. Semua Sekolah Agama Kerajaan melaksanakan kurikulum kebangsaan, manakala SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan. Di samping itu, terdapat kira-kira 350 buah sekolah agama swasta di seluruh Malaysia yang mendaftar. Sekolah agama swasta boleh memilih sama ada melaksanakan kurikulum kebangsaan atau tidak. Kebanyakan sekolah agama swasta (sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian) terletak di luar bandar dan kekurangan sumber.

       Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah agama sangat memberangsangkan. Bagi menampung permintaan tersebut, Kerajaan telah memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan. Sehingga kini, manakala sekolah yang melaksanakan KAA berjumlah 547 sekolah.


Murid Sekolah Agama Rakyat



LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL





                               

Klik di sini untuk video tambahan >> 

   https://www.youtube.com/watch?v=MkvWRCNVEbA



Laluan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal khusus. Perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan, manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerja. Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan. Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurang sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan, pertanian, dan pembinaan. Menjelang 2020, sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma, berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dirancang dalam bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

     Di samping itu, Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran. Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV). Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional. Melalui pelan ini, pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.



Friday 19 August 2016

LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL






Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara. Pendidikan teknikal memberikan di peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional. Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh mimilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam, sains pertanian, prinsip perakaunan atau lain-lain.


 



KOKURIKULUM KEBANGSAAN


Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang. Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah seperti berikut :






Thursday 18 August 2016

KURIKULUM KEBANGSAAN





KURIKULUM KEBANGSAAN

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan. Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :





Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah :







PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN





PERINGKAT PENDIDIKAN

Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat , iaitu :






Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2025, murid yang melalui sistem pendidikan kebangsaan akan mengikuti pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi. Perbezaan satu tahun tempoh pendidikan bergantung kepada jenis pendidikan lepas menengah atau program prauniversiti yang dipilih. Pelajar yang mengikuti program dua tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang setara dengan A-Level atau dipilihan alternatif aliran agama, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan pengajian. Murid yang mengikuti program matrikulasi pula memerlukan satu hingga dua tahun pendidikan. Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan prasekolah mereka .

        Tempoh prasekolah selama 13 tahun sehingga tamat STPM adalah setanding dengan sistem pendidikan lain yang maju. Banyak sistem pendidikan seperti di England dan Scotland telah mencapai Standard A-Levels dalam tempoh 13 tahun. Di Hong Kong pula, program yang setara dengan A-Levels dijalankan dalam tempoh 12 tahun.

        Pendidikan formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas. Umur kemasukan ke sekolah bermula enam tahun dan ke atas untuk pendidikan rendah adalah sama dengan amalan kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi, seperti Singapura dan Ontario (Kanada). Sistem pendidikan pendidikan Finland (yang mempunyai antara sistem pendidikan berprestasi terbaik dalam pentaksiran antarabangsa) juga memulakan pendidikan rendah pada umur tujuh tahun ke atas.


PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi pendidikan prasekolah ailah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak terbahagi kepada yang berikut :
  • Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antar empat hingga lima tahun
  • Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun
      Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejak beberapa dekad yang lalu. Kira-kira 77% kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk pendidikan prasekolah sehingga akhir tahun 2011. Keseluruhannya, dianggarkan sebanyak 733,000 kanak-kanak telah mendaftar di hampir 40,000 buah prasekolah. Kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah berdaftar meningkat sebanyak 92% menjelang tahun 2015. Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan struktur sistem pendidikan Malaysia selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Kementerian memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur bagi setiap peringkat pendidikan (jika perlu).

Situasi pembelajaran di prasekolah

PENDIDIKAN RENDAH

Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah. Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, bermula di peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.



Pelajar Sekolah Rendah


PENDIDIKAN MENENGAH

Kerajaan telah mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas pada tahun 2015. Tindakan ini menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif; mempunyai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Prauniversiti, Universiti Awam atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).


Pelajar Sekolah Menengah


PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH

Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan Enam). Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau dil luar negara. Pada akhir pengajian, pelajar akan menduduki pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET).


Pelajar STPM


Mahasiswa Universiti


TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL

Pelajar persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal. Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid  di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan sosial.






Tuesday 16 August 2016

KONSEP PEMBANGUNAN INSAN











Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara. Sistem ini telah menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara. Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat, iaitu sejak lahir hingga ke alam kejaya. Kerajaan telah melakukan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Struktur sistem pendidikan di Malaysia dan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi adalah antara perubahan dan transformasi yang ingin dicapai setanding dengan negara maju lain.


     Sesungguhnya, kejayaan sistem pendidikan ialah hasil kegigihan dan dedikasi para guru, pengetua, pentadbir, pegawai dan kakitangan sokongan sekolah. Mereka aialah kumpulan yang menjadi teras kekuatan dalam Kementerian Pendidikan sejak dahulu lagi. Bakti kumpulan ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak. Dalam tempoh lebih 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatannyang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

       Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu :

           




Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk :
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia






 

PENGAJIAN MALAYSIA Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang