Saturday 20 August 2016

LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL





                               

Klik di sini untuk video tambahan >> 

   https://www.youtube.com/watch?v=MkvWRCNVEbA



Laluan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal khusus. Perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan, manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerja. Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan. Pada tahun 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurang sumber tenaga kerja mahir, iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan, pertanian, dan pembinaan. Menjelang 2020, sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA, sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma, berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama. Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dirancang dalam bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

     Di samping itu, Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran. Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV). Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional. Melalui pelan ini, pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.



0 comments:

Post a Comment

 

PENGAJIAN MALAYSIA Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang