Thursday 18 August 2016

PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN





PERINGKAT PENDIDIKAN

Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat , iaitu :






Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 hingga 2025, murid yang melalui sistem pendidikan kebangsaan akan mengikuti pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun (tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi. Perbezaan satu tahun tempoh pendidikan bergantung kepada jenis pendidikan lepas menengah atau program prauniversiti yang dipilih. Pelajar yang mengikuti program dua tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang setara dengan A-Level atau dipilihan alternatif aliran agama, iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan pengajian. Murid yang mengikuti program matrikulasi pula memerlukan satu hingga dua tahun pendidikan. Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan prasekolah mereka .

        Tempoh prasekolah selama 13 tahun sehingga tamat STPM adalah setanding dengan sistem pendidikan lain yang maju. Banyak sistem pendidikan seperti di England dan Scotland telah mencapai Standard A-Levels dalam tempoh 13 tahun. Di Hong Kong pula, program yang setara dengan A-Levels dijalankan dalam tempoh 12 tahun.

        Pendidikan formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas. Umur kemasukan ke sekolah bermula enam tahun dan ke atas untuk pendidikan rendah adalah sama dengan amalan kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi, seperti Singapura dan Ontario (Kanada). Sistem pendidikan pendidikan Finland (yang mempunyai antara sistem pendidikan berprestasi terbaik dalam pentaksiran antarabangsa) juga memulakan pendidikan rendah pada umur tujuh tahun ke atas.


PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi pendidikan prasekolah ailah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah.
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanakkanak terbahagi kepada yang berikut :
  • Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antar empat hingga lima tahun
  • Pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun
      Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek. Senario pendidikan prasekolah di Malaysia menyaksikan perkembangan yang memberangsangkan sejak beberapa dekad yang lalu. Kira-kira 77% kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk pendidikan prasekolah sehingga akhir tahun 2011. Keseluruhannya, dianggarkan sebanyak 733,000 kanak-kanak telah mendaftar di hampir 40,000 buah prasekolah. Kementerian menyasarkan enrolmen di prasekolah berdaftar meningkat sebanyak 92% menjelang tahun 2015. Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan struktur sistem pendidikan Malaysia selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Kementerian memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur bagi setiap peringkat pendidikan (jika perlu).

Situasi pembelajaran di prasekolah

PENDIDIKAN RENDAH

Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah. Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, bermula di peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.



Pelajar Sekolah Rendah


PENDIDIKAN MENENGAH

Kerajaan telah mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas pada tahun 2015. Tindakan ini menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi, iaitu secara kritis, kreatif dan inovatif; mempunyai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri, Matrikulasi, Tingkatan Enam, Prauniversiti, Universiti Awam atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).


Pelajar Sekolah Menengah


PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH

Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan Enam). Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau dil luar negara. Pada akhir pengajian, pelajar akan menduduki pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Malaysian University English Test (MUET).


Pelajar STPM


Mahasiswa Universiti


TEMPOH PENDIDIKAN FORMAL

Pelajar persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal. Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid  di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan sosial.






0 comments:

Post a Comment

 

PENGAJIAN MALAYSIA Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang