Sunday 7 August 2016

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN KUALITI ALAM SEKITAR









Pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar akan meninggalkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan manusia, tetapi kemajuan ekonomi negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian di dalam dan di luar negara. Kemusnahan alam sekitar berpunca daripada kerakusan manusia yang mengutamakan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup memudaratkan orang lain. Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya tiga sumber terpenting iaitu:
  • Air

Image result for gambar udara



  • Udara

Image result for gambar udara


  • Tanah

Image result for gambar udara


supaya kualiti alam sekitar meningkat, menjadi bersih dan selamat digunakan.


        Pertumbuhan industri dan pembandaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran sekali gus mengakibatkan kualiti alam  merosot. Tiga punca utama pencemaran udara ialah:
  • Asap kenderaan 















  • Stesen jana kuasa












  • Pembakaran bahan api dan domestik






















        Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar serta sumber asli turut dititikberatkan di Malaysia. Pengurusan atau pentadbiran amat penting untuk meningkat kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Misalnya tanah ialah sumber asli yang amat berharga dan perlu diurus secara teliti supaya tidak dibangunkan sewenang-wenangnya sehingga menggugat kualiti alam sekitar dan kemajuan jangka masa yang panjang sosioekonomi negara. Kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan penting terhadap pembangunan sumber asli.
Umumnya, tujuan dasar negara kita mengenai alam sekitar adalah untuk:


  • Mencapai alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif untuk generasi kini dan masa depan.
  • Memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak.
  • Menggalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.




0 comments:

Post a Comment

 

PENGAJIAN MALAYSIA Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang